PERTAMA KALI BEKAM DI KEPALA


IMG_20200117_103115

KENINGAU – “Hari ini adalah pertama kali dalam hidup saya dibekam di bahagian kepala”. Itulah pengakuan dari Hasipin bin Arinin kepada erakita semasa dibekam oleh erakita sebelum pagi tadi (17 Januari 2020).


BEKAM DIBAWA KE PARLIMEN


PARLIMEN – 19 Mac 2019 (Selasa) merupakan tarikh penting untuk bekam di Malaysia. Isu mengenai keberkesanannya dibangkitkan di parlimen. Semoga Allah bukakan seluas-luasnya laluan untuk aplikasi bekam di hospital selepas ini.

MENAKJUBKAN! KUKU KAKI TUMBUH SEMULA SELEPAS DIBEKAM


TAWAU – Bekam memang menakjubkan. Erakita telah membekam sahabatnya pada 29 Januari 2019 (isnin) di bahagian kakinya yang bengkak. Beliau mengadu bahawa pihak hospital belum dapat mengesan apakah sebenarnya penyakit yang menimpa sahabat ini. Kakinya bengkak sejak beberapa minggu lepas. Agak sukar baginya untuk berulang-alik dari rumahnya di Balung ke tempat kerjanya di Bandar Tawau setiap hari. Jalannya agak lambat dan perlahan. Agak terinjut-injut dan tidak stabil.  Akhirnya erakita mengesyorkannya agar menjalani bekaman. Melihat kepada keadaan kakinya yang bengkak dan kehitaman pada kedua-dua kaki, erakita berpendapat bahawa perjalanan darah di bahagian kakinya tidak lancar, terbantut dan banyak toksid. Lihatlah pada gambar kaki beliau sebelum dibekam.

hdrpl

hdrpl

Sahabat yang pada mulanya ini agak keberatan akhirnya bersetuju untuk dibekam. Agak banyak kuantiti darah yang dikeluarkan dari kedua-dua kakinya. Kental dan agak hitam legam. Ternyata keesokan harinya, beliau hadir bekerja dalam keadaan ceria. Bengkak kakinya semakin kurang. Warna kehitaman pada kakinya juga semakin berkurangan. Beliau berjalan seperti biasa sebagaimana ketika beliau sihat sebelumnya. Beliau mulai banyak bergurau dengan rakan-rakan. Rakan-rakan sekerja juga menyedari perubahan beliau. Lebih ceria berbanding beberapa minggu sebelum ini.

Pada hari yang ketiga, ternyata keadaan jari manis kaki sebelah kiri yang sebelumnya hitam legam seperti batang kayu buruk semakin cerah. Warna kemerahan pada kulit jari itu semakin tampak kelihatan. Ini bermakna darah sudah mulai mengalir di bahagian jari manis kakinya. Keadaan hujung jari yang sebelumnya keputihan, teruk dan hilang kuku kini semakin mengecil. Keadaannya semakin baik. Cuba lihat gambar di bawah ini. Ia diambil pada hari ketiga selepas bekaman.

fznor

Pada 19 Febuari 2019 iaitu lebih kurang 20 hari selepas bekaman, keadaan kuku pada jari manis kaki kirinya ternyata semakin baik. Jauh lebih baik dari sebelumnya. Kuku mula tumbuh. Kulit mulai cantik dan segar. Subhaanallah. Inilah keajaiban bekam. Tanpa memakan sebiji ubat dan hanya dengan bekaman sekali, keadaan kakinya semakin pulih. Lihatlah gambar bagaimana keadaan kuku pada jari manis kiri sahabat tersebut.

hdrpl

Erakita akan membekam lagi kaki beliau pada bila-bila terdekat mengikut kelapangan. Inshaa Allah. Ternyata, hidup ceria dengan amalan bekam. Tidak hairanlah mengapa para malaikat berpesan kepada Nabi s.a.w agar menyuruh umatnya untuk berbekam sewaktu Baginda s.a.w diperjalankan oleh Allah ke langit dalam peristiwa israk dan mi’raj.

Subhaanallah. Maha suci Allah.

BUKU-BUKU RUJUKAN BEKAM


rbsh

Ilmu sangat penting. Bahkan, mencari ilmu itu adalah kewajiban bagi setiap Muslim. Kita tahu bahawa berbekam adalah amalan Nabi s.a.w. Banyak manfaatnya. Bagi para jurubekam dan sesiapa saja yang ingin mendalami dunia bekam, menghadiri kursus berkaitan bekam sangat perlu lebih-lebih lagi kepada jurubekam. Buku-buku berkaitan bekam yang ditulis oleh para pengamal bekam juga semakin bertambah dan mudah ditemui di kedai-kedai buku. Dari pemerhatian erakita, didapati bahawa terdapat 13 buah buku mengenai bekam yang ada di pasaran pada ketika ini. Kebanyakan buku pula adalah hasil tulisan para doktor perubatan. Selain beramal sebagai doktor perubatan, mereka juga mengamalkan bekam sebagai salah satu kaedah rawatan utama kepada para pesakit. Buku-buku ini amat penting dan bermanfaat memandangkan ia mengandungi kajian secara saintifik terhadap keunikan, kehebatan dan keajaiban bekam dalam konteks rawatan dan penjagaan kesihatan tubuh manusia.

Berikut adalah buku-buku yang ditemui dan dikumpul oleh erakita berkaitan bekam:

  1. Helena Abdullah (1997), “Bekam Innovatif (Al-Hijamah): Sains Pengubatan Moden Untuk Melegakan Kesakitan Serta Merta, Pencegahan Penyakit, Rawatan Penyakit, Pemulihan Fungsi Fizikal dan Mental”, Kuala Lumpur: Heles Corporation Sdn Bhd (218 halaman).
  2. Aiman Al Husaini (2005), “Bekam Mukjizat Pengobatan Nabi S.A.W”, Jakarta: Pustaka Azzam (136 halaman).
  3. Muhammad Musa Alu Nashr (2005), “Bekam: Cara Pengobatan Menurut Sunnah Nabi S.A.W” (Terjemahan M. Abdul Ghoffar E.M), Jakarta: Pustaka Imam Asy-Syafi’I (147 halaman).
  4. Wadda’ A. Umar (2009), Cetakan Ketiga, “Sembuh Dengan Satu Titik”, Solo: Al Qowam Publishing (258 halaman).
  5. Ahmad Razak Sharaf (2012), “Penyakit dan Terapi Bekamnya” (Terjemahan Hawin Murtadlo), Surakarta: Maktabah Auladu Syaikh Lit Turats (304 halaman).
  6. Ahmad Ali Ridho (2012), “Bekam Sinergi: Rahasia Sinergi Pengobatan nabi, Medis Modern & Traditional Chinese Medicine”, Kuala Lumpur: Erfan Hj. M.A. Ghani (372 halaman).
  7. Shihab Al-Badri Yasin (2012), Cetakan Keempat, “Penyembuhan Penyakit Kaedah Bekam Cara Rasulullah s.a.w”, Selangor: Al-Hidayah Publications (139 halaman).
  8. Wadda’ A. Umar (2013), Cetakat VII, “Bebas Stroke Dengan Bekam”, Surakarta: Thibbia (134 halaman).
  9. Adil Akhyar LL.M (2014), “Manfaat Bekam Bagi Kesihatan”, Johor Bahru: Pustaka Azhar (127 halaman).
  10. Wadda’ A. Umar (2015), Cetakat Ketiga, “Titik Bekam 40 Penyakit”, Solo: Thibbia (168 halaman).
  11. Wadda’ A. Umar (2015), Cetakan Keempat, “Sembuh Dengan Satu Titik 2: Bekam Untuk 7 Penyakit Kronis”, Solo: Thibbia (168 halaman).
  12. Dr. Ab Aziz Al-Safi Ismail, Dr. Mujahid Bakar & Dr. Suhaily Mohd. Hairon (2015), Cetakan Kedua, “Sains Bekam”, Selangor: Ar-Risalah Product Sdn. Bhd (142 halaman).
  13. H Avip V Wiharta, Ika Oktariyani & Odas Sunjana (Susunan Tim Diklat Green Zone Herbal), (2015), Cetakan Ketiga, “Buku Panduan Para Terapis: Kajian Praktis Penyakit Dilengkapi Dengan Resep Titik Bekam, Titik Akupuntur, Sinergi Herbal, Saran dan Pantangan”, Banten: Green Zone Publishing (158 halaman).

Selain dari buku di atas, terdapat juga 2 buah buku yang cukup penting dan sangat bermanfaat sebagai pelengkap kepada rawatan bekam. Dalam kedua-dua buku ini, penulis memuatkan kajian mereka terhadap kelebihan dan kehebatan bekam dari kacamata agama dan kesihatan. Buku-buku itu adalah:

  1. Aiman bin ‘Abdul Fattah (2004), “Keajaiban Thibbun Nabawi: Bukti Ilmiah dan Rahasia Kesembuhan Dlaam Metode Pengobatan Nabawi”, Surakarta: Al Qowam & Daru ‘sh-Shohifah (350 halaman).
  2. Yusuf Al-Hajj Ahmad (2016), “(The Islamic Giudline on Medicine) Panduan Pengobatan Islam: Siri Kejaiban Al-Quran & Hadits”, (Terjemahan Putri Aria Miranda & Noor Cholis), Solo: Aqwam (336 halaman).

hdrpl

Tentunya banyak lagi buku-buku berkaitan bekam yang telah dihasilkan dan sedang berada dalam pasaran pada ketika ini. Bagaimanapun, kuantiti buku yang dicetak didapati masih dalam kadar yang agak kurang. Keadaan ini berkemungkinan berlaku kerana kesedaran masyarakat awam belum lagi berada pada tahap yang tinggi terhadap rawatan bekam. Bertambahnya buku yang ditulis berkaitan bekam merupakan satu petanda positif bahawa amalan berbekam ini semakin hari semakin mendapat tempat dalam masyarakat di nusantara ini. Semoga maklumat yang disajikan mengenai penulisan bekam ini memberi manfaat kepada semua golongan masyarakat.

IMG_20190221_225300.jpg

hdrpl

qrf

qrf

hdrpl

qrf

qrf

 

RAJA BEKAM SABAH


rptnb

PUTATAN – RAJA BEKAM SABAH. Itulah nama yang tertera dalam signboard premis kedai menjual segala macam peralatan bekam yang terletak di Lot 57, Tingkat 1, Blok O, Royal Plaza Putatan, Sabah. Pengurus yang juga merupakan pemilik kedai tersebut, Ustaz Mohd Faisal Jahari membuka kedai berkenaan sejak tahun 2013.

Kedai ini menjual pelbagai peralatan modern bekam, akupuntur dan produk kesihatan. Kebanyakan peralatan tersebut adalah produk dari China dan Korea. Buku-buku berkaitan bekam dan akupuntur yang kebanyakannya ditulis oleh pakar-pakar bekam yang terdiri dari Doktor Perubatan dari dalam dan luar negara juga turut dijual di premis ini.

Menariknya, premis ini merupakan satu-satunya kedai yang menjual pelbagai peralatan modern bekam yang ada di Borneo. Para pembeli bukan sahaja datang dari seluruh Sabah, bahkan juga datang dari Sarawak dan Negara Brunei Darussalam.

Sesuai dengan nama gah RAJA BEKAM SABAH, kedai perniagaan ini juga turut mengendalikan kursus hampir setiap bulan. Antara kursus yang dikendalikan adalah kursus bekam, akupuntur dan pelbagai lagi kursus berkaitan rawatan dan kesihatan. Pengisian kursus adalah disesuaikan dengan keperluan dan  peraturan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kursus Iridologi dan Pemeriksaan bola mata turut diadakan di bawah kendalian pengamal berkemahiran dan penulis buku bertajuk Iridoligi Iris Analisis iaitu Arman Sibuea dari Indonesia.

Kursus-kursus yang dikendalikan kebanyakan diadakan di bilik seminar di premis berkenaan. Kursus pula dikendalikan oleh para pengamal rawatan bekam dan akupuntur yang dikenali ramai di nusantara. Penulis buku terkenal berjudul Sembuh Dengan Satu Titik seperti Dr Wadda’ A. Umar pernah diundang mengendalikan kursus di sini.

Pengamal bekam yang juga merupakan Timbalan Presiden Acubekam Malaysia, Dr Abdul Halim Basri turut mengisi beberapa kursus di sini berkaitan bekam. Selain itu, Dr Muhammad Azrinaz, Pengasas DR HIJAMA HEALTH SDN. BHD turut menyumbang ilmu dalam Workshop Bekam Professional di sini.

Dengan adanya kursus berterusan dari pakar-pakar bekam dan akupuntur, tidak hairanlah mengapa kursus yang dianjurkan di premis ini dihadiri oleh peserta kursus yang datang dari tempat jauh seperti Sarawak, Labuan, Semenajung, Brunei Darussalam dan Singapura.

Menurut Ustaz Mohd Faisal, lebih kurang 700 individu yang terlibat dalam bidang rawatan bekam di Sabah ketika ini. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan bilangan mereka yang benar-benar aktif dalam bidang ini.

Kewujudan Raja Bekam Sabah di Sabah merupakan satu rahmat bagi penduduk negeri ini. Melalui premis ini, para pengamal lebih mudah mendapatkan peralatan bekam pada harga yang berpatutan dalam masa singkat. Bagi daerah yang jauh, penghantaran melalui darat turut disediakan sekiranya ada tempahan.

Kursus berkaitan bekam pula sentiasa diadakan dari masa ke semasa dalam rangka menambahkan ilmu dan kemahiran kepada sesiapa sahaja yang berminat dalam bidang ini. Sijil kursus yang diberikan kepada peserta kursus tentunya amat bermakna dan bernilai untuk tujuan pengamalan dan kemajuan kerjaya dalam bidang ini.

Di samping itu, rawatan bekam, akupuntur dan urutan turut disediakan di premis ini pada waktu yang telah ditentukan.

hdrpl

bsh

rbsh

hdrpl

hdrpl

KULIT HITAM DAN BENGKAK DI KAKI SEMAKIN HILANG


hdrpl

TAWAU – Alhamdulillah. Salah satu hari yang baik untuk berbekam sesuai dengan Sunnah Rasulullah s.a.w adalah hari isnin. Pada 28 Januari 2019 lalu, bersamaan hari isnin, erakita diberi kelapangan oleh Allah untuk membekam seorang sahabat.

Umurnya sekitar 56 tahun. Tinggal di Balung Tawau. Beliau mengalami penyakit khususnya di bahagian kaki sejak lebih setahun yang lalu. Kemuncaknya, beliau telah ditahan untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut di Queen Elizabeth Hospital Kota Kinabalu hampir 2 minggu.

Kaki kirinya bengkak. Warna kulit menjadi kehitaman pada kedua-dua kakinya. Sebelumnya kaki kirinya berbisul dan berlubang agak besar di bahagian atas.

Sampel darah telahpun diambil. Penyakit beliau belum dapat dipastikan. Dengan kudrat yang ada, beliau gagahi untuk datang bekerja ke pejabat. Ruang kerja terletak di tingkat 2 yang agak tinggi. Keadaan itu ternyata menimbulkan kesukaran beliau untuk datang bekerja setiap hari.

Melihat keadaan beliau yang lemah, berjalan tidak secerdas seperti dahulu, wajah yang suram yang jelas menunjukkan tahap kesihatan yang tidak baik, erakita menawarkan diri untuk membekam beliau.

Dengan pujukan dan penjelasan yang diberikan mengenai keajaiban bekam, beliau akhirnya bersetuju untuk dibekam.

Alhamdulillah. Selepas solat isyak di Masjid Bandar, erakita mulakan bekaman di bahagian kedua-dua kakinya. Subhaanallah. Hasilnya cukup menggembirakan beliau. Ketika beberapa bekaman dilakukan di kaki kirinya, beliau menyatakan bahawa kaki kanannya yang kehitaman mula berubah menjadi cerah.

Setiap bekaman mengeluarkan kuantiti darah yang banyak. Warnanya merah kehitaman. Pekat dan kental. Kulit Kakinya yang tebal yang menyukarkan cawan untuk melekat dan mencengkam di kulitnya semakin lembut. Bekaman dilakukan berulang kali pada point yang sama. Ada tempat yang dibekam berulang kali antara 3 Hingga 5 kali.

Akhirnya kulit yang awalnya kehitaman mula berubah menjadi cerah. Beliau berulang kali menyatakan syukur kepada Allah kerana kini dapat merasai keajaiban bekam. Beliau gembira dan berazam untuk mengamalkan bekam berbanding ubat-ubatan dari klinik dan hospital.

Esoknya, beliau datang seperti biasa ke pejabat. Ada staf yang perasan melihat wajah beliau cerita dan sihat. Keadaan bengkak kakinya semakin mengecil. Warna kulit yang hitam di kakinya semakin berkurangan. Ternyata hanya dengan bekaman sekali, hasilnya sungguh menakjubkan.

Beliau menyatakan kesediaannya untuk dibekam lagi di bahagian tubuh yang lain khususnya di bahagian kepala seperti ummul mughit, qomahduah dan kaahil pada hari khamis nanti.

Subhaanallah. Memang menakjubkan. Anda lihatlah sendiri bagaimana keadaan kaki beliau yang dibekam itu.

fznor

bsh

TARIKH TERBAIK BERBEKAM TAHUN 2019


TAWAU – Berdasarkan kepada hadith Nabi s.a.w, tarikh yang dianjurkan untuk berbekam menurut kalender Islam bagi setiap bulan adalah 17, 19 dan 21. Manakala hari-hari terbaik pula dalam setiap minggu adalah isnin, selasa dan khamis.

Sesuai dengan anjuran tersebut, erakita merasakan betapa penting dan mustahaknya tarikh-tarikh dan hari-hari tersebut diketahui oleh masyarakat lebih-lebih lagi kepada jurubekam dan individu yang hendak berbekam. Semoga dengan berbekam pada tarikh dan hari tersebut, amalan Sunnah Nabi s.a.w dapat ikuti dan manfaatnya dapat hasilkan dinikmati pada tahap maksima, Inshaa Allah.

Berikut adalah tarikh dan hari terbaik untuk BERBEKAM menurut Sunnah Rasulullah s. a. w bagi Tahun 2019:

21 Jamadilakhir 1440 H
(selasa) 26 Febuari 2019

19 Rejab 1440 H
(selasa) 26 Mac 2019

21 Rejab 1440 H
(khamis) 28 Mac 2019

17 Sya’ban 1440 H
(selasa) 23 April 2019

19 Sya’ban 2019
(khamis) 25 April 2019

21 Syawwal 1440 H
(selasa) 25 Jun 2019

19 Zulkaedah 1440 H
(isnin) 22 Julai 2019

19 Zulhijjah 1440 H
(selasa) 20 Ogos 2019

21 Zulhijjah 1440 H
(khamis) 22 Ogos 2019

17 Muharram 1440 H
(selasa) 17 September 2019

19 Muharram 1440 H
(khamis) 19 September 2019

17 Rabiulawwal 1440 H
(khamis) 14 November 2019

21 Rabiulawwal 1440 H
(isnin) 18 November 2019

19 Rabiulakhir 1440 H
(isnin) 16 Disember 2019

JANGAN lepaskan peluang ini. Inshaa Allah, anda akan merasai pelbagai kelebihan.

HAPUS MIGRAINE DENGAN SEKALI BEKAMAN


IMG-20181228-WA0057

KENINGAU – Percaya atau tidak? Semakin lama erakita membekam orang, semakin banyak erakita temui keajaiban dan kehebatan bekam yang begitu menggembirakan. Salah satu testimoni yang erakita bawakan adalah adik kandung kepada erakita sendiri iaitu Hastonoh bin Asoi. Beliau berumur 35 tahun dan bertugas sebagai Pengurus Cawangan TEKUN Daerah Keningau.

Beliau sering mengadu sakit kepala. Bila datang menyerang, cukup derita kesannya. Rupanya migraine di kepalanya sudah lama menyerangnya. Tentunya, orang yang ditimpa migraine lebih faham bagaimana teruknya sakit kepala bila migraine tersebut datang.

Setelah dipujuk, akhirnya beliau akur untuk dibekam. Erakita melakukan bekaman pada titik utama di bahagian kepala. Bekaman dengan menyedut darah dilakukan sebanyak 3 kali. Darah yang keluar agak pekat dan berwarna hitam legam. Ternyata, cawan bekam turut dipenuhi wap yang agak tebal. Ini petanda bahawa kepalanya ada banyak angin yang boleh mengganggu pengaliran darah. Proses bekaman disaksikan oleh isteri dan anak-anaknya.

Sehari selepas bekaman, erakita menerima berita gembira. Beliau menghantar mesej melalui whatapps seperti berikut:

“Terasa ringan kepala, tiada lagi migrain, tidurpun senang.. mau rajin bekam oo. Tapi saya tidak mau pi kadai la, bukan apa.. i dont want take a risk😬..”

“Takziah, migraine is dead for now..😬, Memang ringan terasa terutama belakang kepala.. Ty abg adin.. next month lagi kio😂”

Demikianlah keajaiban bekam. Andai anda menghadapi migraine di kepala, cubalah dengan bekaman di kepala. Anda akan takjub hasilnya. TANPA sebiji ubat hospital atau farmasi, anda boleh menikmati hidup aman dan damai tanpa migraine dengan bekaman dengan izin Allah.

Anda bila lagi?

50 HINGGA 70 PERATUS SAKIT KEPALA HILANG SELEPAS DIBEKAM


IMG-20190103-WA0020

TAWAU – Bekaman pada hanya satu titik utama di bahagian kepala sahabat erakita, Wahimin Jafry pada 16 November 2018 amat mengujakan. Sehari selepas dibekam, beliau menghantar menggembirakan melalui WhatsApp kepada erakita. Berikut adalah mesejnya:

“Alhamdulillah, pening di kepala sudah hilang. Rasanya 50% – 70% hilang pening. Kotoran dalam darah selama kira kira 50 tahun dapat dikeluarkan”.

Sebelum ini, beliau mengadu sakit bahagian kepala sejak sekian lama. Ketika berkunjung ke Tawau, beliau meminta erakita agar membekamnya. Erakita melakukan sedutan darah hanya pada satu titik utama saja di kepalanya. Sedutan darah dilakukan sebanyak 3 Kali sahaja. Pada sedutan ketiga, darah yang keluar agak banyak. Warnanya agak hitam dan kental.

Kini, beliau boleh menarik nafas lega. Sakit dan pening di kepala telah diatasi. Untuk makluman, beliau kini merupakan antara pengamal rawatan bekam yang aktif di sekitar Pedalaman Sabah khususnya Daerah Keningau dan Tenom. Beliau juga menyediakan khidmat rawatan tradisional seperti urutan.

Jika anda belum mencuba, usahakan untuk berbekam. Inshaa Allah, anda anak menikmati keajaiban bekam.